Mencari Teman Hidup (MTH)

  • Jan : 01 : 2012 - Selamat Menyambut Tahun Baru 2012
  • Feb : 01 : 2012 - Bulan untuk mengorat dan dingorat
  • Aug : 19 : 2012 - Hari-Raya, bolehlah beraya rumah awek/balak
  • Nov : 03 : 2012 - Ulangtahun ke-2 Kelab MTH
  • Dec : 12 : 2012 - Sapa nak nikah time nih, sila isi form Daftar Nikah MTH
  • Dec : 20 : 2012 - Tarikh ni pun best untuk dijadikan tarikh nikah

Berita Terkini

Sesi minum petang bersama Adjienasir Adjierahman @ Abam di Oldtown White Coffee, Ampang Point - 2 Disember 2011. Abam berasal dari Kota Bharu memang seorang yang kelakar dan peramah orangnya

Suexanna Kamarulzaman, Zetty Hussein dan Yang Qhalish tersenyum manja ketika sambutan Hari Raya MTH bertempat di rumah Kak Mai, pada 25 Sept 2011 lepas.

Bersama Paparock Ilham, pemenang contest Surat Cinta Kelakar sempena ulangtahun pertama Kelab MTH. MTH anjur pelbagai contest dari masa ke semasa

Gathering Bowling MTH bersama Sue Hussein, Nisha Hamzah dan Zetty Hussein. Kagum melihat kesanggupan mereka datang dari jauh

Gathering BBQ bersama ahli-ahli MTH di rumah Kak Mai, Kg. Sg Sekamat, Kajang. Meriah sungguh mereka nih... macam tak mau balik! hahaha


FOKUS MTH - Bina persahabatan dulu. Kemudian diharap dapat mewujudkan benih percintaan. Dan diiringi dengan perkahwinan sebagai pelengkap hubungan. 

MECHANISM - Dengan menyediakan ruang (platform) dalam Facebook untuk mereka yang mempunyai niat yang sama (mencari teman hidup) berkumpul dan berkenalan antara satu sama lain.

MODUS OPERANDI - Selain membuka ruang untuk members berkenalan dan mengenali hati budi secara online, Kelab MTH juga menganjurkan SIMPLE GROUP GATHERING dari masa ke semasa, untuk membolehkan members berkenalan secara LIVE. Bila bersemuka mata bertentang mata, hati ke hati, akan lebih menyeronokkan dan dapat mengenali seseorang itu dengan lebih jelas lagi. Orang di maya, mungkin jauh berbeza jika berjumpa dengannya secara LIVE.

WORD OF ADVICE - Personal dating : Do it at your own risk, walaupun sesama members. MTH tidak boleh beri jaminan, setiap members mempunyai niat baik, walaupun penapisan ketat dibuat ke atas members baru.

RESULT GUARANTEED ? Sad to say, my answer is NO. Anda kena usaha sendiri dengan menggunakan kebijaksanaan, kejujuran, keterampilan dan kebolehan yang anda miliki. Always make an effort untuk serlahkan keistimewaan diri anda. Tapi, jangan terlebih-lebih! 

GOOD LUCK! =)



Semenjak dua menjak Kelab MTH dah makin hangat nih, ada pulak members MTH yang teringin nak pergi camping tepi laut pulak. Asal cukup korum, kita layan saja lah ....

Camping bertempat di Bagan Lalang, Sepang pada 22-23 Jan 2011. Wahhh.. pandai pulak diaorang cari tempat menarik ... semua kemudahan ada, tempat makan, bilik air etc. Tinggal nak pacak khemah saja....

Seronok diaorang bermalam di tepi laut.. sambil borak-borak mengenali antara satu sama lain. Macam-macam kisah hidup mereka kongsikan bersama ... adussss.. macam Ombak Rindu la pulak! hahaha

Anyway, ada rezeki, kita buat lagi camping macam ni... sometimes weekend break sebegini, boleh bantu hilangkan tension dari rutin harian ...






Ya, memang PANAS BERITA nih.... saya pun macam tak percaya pada mulanya... El Ahmaedi El Hassaeni, antara member paling popular di Kelab MTH, datang gathering MTH? Biar betul??? 

Eh! Macam tak percaya lah.... TIPU JE kot?? 

Pada 22 Disember 2010, Kelab MTH sempat menganjurkan satu lagi sesi gathering makan satay. Asyik makan satay je MTH nih.. hahahaha.. apa nak buat? Dah selera kami .. kan? kan? =P

Kali ini, MTH buat gathering di restoran SATAY STATION bertempat di Kampung Pandan. Haaa.. tak tau mana tempat tu? Pepandai la korang google-map cari tempat tuh... Tak kose saya nak jadik tour-guide plak.. hehehe

Kalau tak percaya, Bro El kita muncul dalam gathering MTH, haaaa.. CUBA TENGOK ALBUM DI BAWAH! Heh heh heh 

P/S: Bang El Ahmaedi El Hassaeni, TUMPANG GLAMER sat noooo...




Selepas kejayaan menganjurkan gathering pertama Kelab MTH pada 4 Disember lepas, saya dapat rasakan ramai members MTH sudah mula rasa seronok. Pada 17 Disember 2010, salah seorang members MTH, Watty Abdullah telah berkunjung ke Kuala Lumpur. Dia datang dari jauh .. Trengganu nun ha...


So, apa lagi... a few members MTH telah hadir untuk menyambutnya... dan paling best, lepas lepak minum bersama, mereka bawak dia layan KARAOKE sekali ...


Somehow, dia pun suka karaoke sebenarnya.. hehehe.. so, kira click time tuh jugak lah.... Mesra, macam dah kenal lama saja... walhal, baru sebulan join MTH.. hehehe ..


Enjoy the pics....





Pada 4 Disember 2010, Kelab MTH telah menganjurkan satu sesi gathering makan satay sempena meraikan kemasukan ahli lebih 200 orang dalam bulan pertama. Sambutan orang ramai memang amat mengkagumkan dan saya terharu melihat kerjasama dan sumbangan yang telah diberikan oleh members MTH yang hadir. 


Gathering ini telah dilakukan di Kedai Mai Satay, Kg Sg Sekamat, Kajang dan telah dihadiri oleh 18 members MTH. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang telah hadir. 



Oh ya! Sebelum saya terlupa, kek MTH telah disumbang oleh Rithza Reena, manakala pulut kuning dan bunga telur telah disumbang oleh Zee Hamid. Terima kasih bebanyak ye! 


Semoga berjumpa lagi di lain masa.