Mencari Teman Hidup (MTH)

  • Jan : 01 : 2012 - Selamat Menyambut Tahun Baru 2012
  • Feb : 01 : 2012 - Bulan untuk mengorat dan dingorat
  • Aug : 19 : 2012 - Hari-Raya, bolehlah beraya rumah awek/balak
  • Nov : 03 : 2012 - Ulangtahun ke-2 Kelab MTH
  • Dec : 12 : 2012 - Sapa nak nikah time nih, sila isi form Daftar Nikah MTH
  • Dec : 20 : 2012 - Tarikh ni pun best untuk dijadikan tarikh nikah

Berita Terkini

Sesi minum petang bersama Adjienasir Adjierahman @ Abam di Oldtown White Coffee, Ampang Point - 2 Disember 2011. Abam berasal dari Kota Bharu memang seorang yang kelakar dan peramah orangnya

Suexanna Kamarulzaman, Zetty Hussein dan Yang Qhalish tersenyum manja ketika sambutan Hari Raya MTH bertempat di rumah Kak Mai, pada 25 Sept 2011 lepas.

Bersama Paparock Ilham, pemenang contest Surat Cinta Kelakar sempena ulangtahun pertama Kelab MTH. MTH anjur pelbagai contest dari masa ke semasa

Gathering Bowling MTH bersama Sue Hussein, Nisha Hamzah dan Zetty Hussein. Kagum melihat kesanggupan mereka datang dari jauh

Gathering BBQ bersama ahli-ahli MTH di rumah Kak Mai, Kg. Sg Sekamat, Kajang. Meriah sungguh mereka nih... macam tak mau balik! hahaha



Semenjak dua menjak Kelab MTH dah makin hangat nih, ada pulak members MTH yang teringin nak pergi camping tepi laut pulak. Asal cukup korum, kita layan saja lah ....

Camping bertempat di Bagan Lalang, Sepang pada 22-23 Jan 2011. Wahhh.. pandai pulak diaorang cari tempat menarik ... semua kemudahan ada, tempat makan, bilik air etc. Tinggal nak pacak khemah saja....

Seronok diaorang bermalam di tepi laut.. sambil borak-borak mengenali antara satu sama lain. Macam-macam kisah hidup mereka kongsikan bersama ... adussss.. macam Ombak Rindu la pulak! hahaha

Anyway, ada rezeki, kita buat lagi camping macam ni... sometimes weekend break sebegini, boleh bantu hilangkan tension dari rutin harian ...






Ya, memang PANAS BERITA nih.... saya pun macam tak percaya pada mulanya... El Ahmaedi El Hassaeni, antara member paling popular di Kelab MTH, datang gathering MTH? Biar betul??? 

Eh! Macam tak percaya lah.... TIPU JE kot?? 

Pada 22 Disember 2010, Kelab MTH sempat menganjurkan satu lagi sesi gathering makan satay. Asyik makan satay je MTH nih.. hahahaha.. apa nak buat? Dah selera kami .. kan? kan? =P

Kali ini, MTH buat gathering di restoran SATAY STATION bertempat di Kampung Pandan. Haaa.. tak tau mana tempat tu? Pepandai la korang google-map cari tempat tuh... Tak kose saya nak jadik tour-guide plak.. hehehe

Kalau tak percaya, Bro El kita muncul dalam gathering MTH, haaaa.. CUBA TENGOK ALBUM DI BAWAH! Heh heh heh 

P/S: Bang El Ahmaedi El Hassaeni, TUMPANG GLAMER sat noooo...




Selepas kejayaan menganjurkan gathering pertama Kelab MTH pada 4 Disember lepas, saya dapat rasakan ramai members MTH sudah mula rasa seronok. Pada 17 Disember 2010, salah seorang members MTH, Watty Abdullah telah berkunjung ke Kuala Lumpur. Dia datang dari jauh .. Trengganu nun ha...


So, apa lagi... a few members MTH telah hadir untuk menyambutnya... dan paling best, lepas lepak minum bersama, mereka bawak dia layan KARAOKE sekali ...


Somehow, dia pun suka karaoke sebenarnya.. hehehe.. so, kira click time tuh jugak lah.... Mesra, macam dah kenal lama saja... walhal, baru sebulan join MTH.. hehehe ..


Enjoy the pics....





Pada 4 Disember 2010, Kelab MTH telah menganjurkan satu sesi gathering makan satay sempena meraikan kemasukan ahli lebih 200 orang dalam bulan pertama. Sambutan orang ramai memang amat mengkagumkan dan saya terharu melihat kerjasama dan sumbangan yang telah diberikan oleh members MTH yang hadir. 


Gathering ini telah dilakukan di Kedai Mai Satay, Kg Sg Sekamat, Kajang dan telah dihadiri oleh 18 members MTH. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang telah hadir. 



Oh ya! Sebelum saya terlupa, kek MTH telah disumbang oleh Rithza Reena, manakala pulut kuning dan bunga telur telah disumbang oleh Zee Hamid. Terima kasih bebanyak ye! 


Semoga berjumpa lagi di lain masa. 


Untuk pengetahuan semua, sebarang posting berbentuk negatif akan di-remove oleh admin bagi memelihara imej positif dan keharmonian di kalangan members kelab.

Posting negatif ini termasuk :-

1) Posting berunsurkan seks, kelucahan melampau dan cerita/gambar/video tak senonoh atau tak sesuai dengan tema Kelab

2) Posting mengutuk, menghina, menfitnah, menyindir-nyindir atau memburuk-burukkan pasangan hidup (baik boyfren, girlfren, suami, isteri, bekas) atau ahli kelab lain

3) Posting beremosi negatif seperti meluahkan perasaan marah tak bertempat, terlalu banyak condemn itu ini tak kena (kuat mengeluh & suka menyalahkan orang lain) dan mulut celupar

4) Posting yang mengutuk / menghina / menyindir bangsa (kaum), agama, politik, latarbelakang individu lain dan sebagainya


PERINGATAN BUAT SEMUA

Kelab MTH adalah kelab genuine untuk mencari teman hidup. Kelab MTH ini bukan untuk diSALAH-GUNA untuk mencari skandal, buat benda tak senonoh (cakap lucah), kutuk politik dan sebagainya. Topik Seks & Politik TIDAK DIBENARKAN sama sekali.

ELAKKAN dari

  • Mempermainkan perasaan orang lain 
  • Memberi harapan palsu 
  • Berdebat tak kehabisan 
  • Meminta wang dari members lain 

PLEASE RESPECT EACH OTHER

Help me keep this club clean & fun, fun, fun!


Kelab MTH ditubuhkan pada malam 3 Nov 2010 dengan idea asal untuk menyediakan satu platform buat kawan-kawan di Facebook yang keseorangan, sering putus cinta atau sukar dapat jodoh, mencari teman hidup yang sesuai dengan mereka.

Kerap kali saya melihat kawan-kawan yang pasrah, mengeluh putus cinta dan tak kurang juga yang meluahkan emosi mereka di Facebook, hingga menjadi bahan 'sindiran' oleh orang lain yang membaca status mereka. Tak kurang juga, ada yang kurang keyakinan untuk mempromosikan diri mereka sendiri dalam proses pencarian ini hinggakan ada yang umpama sekadar berserah pada takdir sekiranya jodoh masih ada. 

Kerana itulah, hati saya tergerak untuk membantu mereka, dengan menjadikan Kelab MTH ini sebagai suatu projek sosial kemanusiaan yang membolehkan semua orang yang berfikiran sama (mencari teman hidup) bertemu dalam satu tempat. 

Dengan mendukung konsep PERSAHABATAN, PERCINTAAN & PERKAHWINAN sebagai tema utama Kelab MTH, saya berharap, semua ahli-ahlinya dapat berkongsi pandangan, nasihat, pengalaman, pengajaran dan memberi sokongan kepada satu sama lain. 

Akhir kata, please KEEP KELAB MTH - FUN & CLEAN and always RESPECT EACH OTHER